Wednesday, 6 March 2013

Tomyam Poktek Thai Style

Salam,


Arini dah x busy mcm selalo..dan baru2 ni ada try msk tomyam poktek style fatimah (thai gurl in the office and kakak dia ada bukak kedai thai dekat pantai dalam). Sedap and worth trying!!!!

Jom tgk resepi nye:

Bahan2 (utk 1 kg udang) :-
1kg udang
1/2 kg sotong
Ketam (nak kasi kuah dia manis)
3 btg serai, 
3 ikat daun ketumbar (parsley thai) - beli dgn akarnye skali
3 ulas bwg putih
3 sudu tomyam paste (kalau nk lagi pekat letak lebih sikit)
3 keping hirisan lengkuas muda
5 biji limau nipis (diperah)
3/4 biji tomato
1/2 biji bawang besar (hiris bulat2)
Fresh milk/santan segar

Cara masak:-
1. Dididihkan 2 mangkuk air (jgn byk sgt nnt nk letak santan/fresh milk).
2. Masukkan serai, bwg putih, tomyam paste, secubit gula, akar daun ketumbar, perahan limau nipis and lengkuas muda. Didihkan samapai naik wangi.(semua bhn2 ni kne di tumbuk sedikit tp bukan sampai lumat ye)
3. Masukkan udang, sotong and ketam, tomato & bawang besar.
4. Masukkan santan/fresh milk (1 1/2 bowl for 2 bowl air yg dididihkan tadi)
5. Masukkan daun ketumbar and ttp api.
(Note: kalau nak pedas pecahkan cili padi sket ye)

Tomyam paste yg di suggestkn ialah brand yg ini. Selamat memasak!!!mmuah..


Luv, 
Fiza



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...