Thursday, 24 October 2013

Info Agama : Dajjal dan persiapan pengikut2 nya menyambut kedatangan Dajjal

Allahuakbar!! Allah Maha Besar & Maha Mengetahui!

Bila terbaca di fb pasal dajjal & persiapan pengikut2 dajjal sewaktu dia kuar nnt meremang bulu roma aku ni.. Tertanya2 jgk aku apekah persiapan kita umat islam seluruh dunia sewaktu binatang ini keluar kelak??? seramai 70,000 pengikut dia akan menentang Imam Mahadi. Kita mcm mane??

Masyallah, Ya Allah kau jauhilah aku serta keturunanku dari fitnah Dajjal laknatullah ini..

Video tuh you all bole tgk sendiri kat sini.

Disebabkan diaorg ni nk menakluki kota makkah & madinah, u all perasan x yg diaorg dh mula mengacau negara2 yg berada di sekeliling mekah & madinah.. Egypt dah bergolak sesama sendiri, sape yg untung???
Malaysia (sebuah negara islam yg maju)??? x bergolak ke??? dan sape yg untung???? Palestin xpyh cerita la satu dunia dah maklum ape yg berlaku kat sane..
Semua ni sbb ape?? satu je tujuan diaorg nk menakluki mekah & madinah..

Kenapa diaorg menyumbang kepada kekacauan malaysia wlpon malaysia jauh dr mekah?? korg pikir sebab ape??? sebab kita negara islam yg sedang maju! diaorg x suka tgk negara2 islam maju..

Kalau kat egypt dua puak muslims (syiah & sunni) dah bpecah belah.. adakah keadaan ini x sama dgn keadaan di msia?? serupa tapi x sama..siapa yg akan btepuk tangan dan mendabik dada?? pikir2kan..

yeee..back to the topic --> ini adalah persiapannnnn.. persiapannn org2 dajjal.. senang la nk laksanakn misi mereka nanti bila sesama muslims pon dh berpecah belah dan dah x kuat mcm dulu lagi..
Seram kan..aku berdoa sewaktu usiaku jangan lah aku harungi benda2 ni semua..

So jom kita sama2 mempersiapkan diri dgn mencari pengetahuan bagaimana ingin mengelakkan fitnah dajjal durjana ini..


Menjauhi Fitnah Dajjal..

Sumber : Di sini

Sebelum ini kita telah mengetahui serba sedikit perihal Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah yakni berkenaan dengan ciri-ciri Dajjal, tempat tinggal dan waktu kemunculannya. Jadi kali ini, saya akan berkongsi pula mengenai cara-cara untu menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal yang sangat berat itu. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya akan menyebutkan beberapa tanda kemunculan Dajjal.

Ada beberapa tanda dan peristiwa yang akan mendahului kemunculan makhluk yang dilaknat ini, antaranya ialah:

1.Berlakunya peperangan Armageddon (boleh rujuk post bertajuk Perang Akhir Zaman),yang mana selepas peperangan tersebut berlakunya kekeringan Sungai Euprates dan tasik Tiberia di Syam; begitu juga halnya dengan kebun kurma di negeri Baisan (di sempadan  Palestin dan Jordan). Oleh itu, apabila telah tercetus perang Dunia ke-3 (Armageddon), maka tunggulah kemunculan Dajjal yang semakin dekat.

2.Datangnya tahun-tahun kekeringan (tiada mata air), kemarau (tiada hujan), kelaparan, bencana-bencana, mahalnya harga barang-barang dan....berkurangnya agama manusia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“...dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah adanya tempoh waktu tiga tahun yang sangat sulit, dimana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat, Allah SWT akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama supaya menahan sepertiga dari hujannya, dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan sepertiga dari tanamannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua supaya menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan dua pertiga dari tumbuh-tumbuhannya. Kemudian pada tahun ketiga Allah memerintahkan kepada langit supaya menahan semua air hujannya lalu tidak menitiskan setitik air pun, dan Allah memerintahkan kepada bumi supayamenahan semua tanamannya, maka setelah itu tidak akan tumbuh satu tanaman hijaupun dan semua binatang berkuku mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah SWT.” Kemudian para sahabat bertanya: “Dengan apakah manusia akan hidup pada masa itu?”, Baginda SAW menjawab: “Tahlil, takbir dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan.”
(Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Hakim daripada Abu Umamah r.a.)

3. Justeru dapat diketahui bahawa Dajjal akan keluar setelah munculnya Imam Al-Mahdi dan setelah Al-Mahdi menghadapi beberapa peperangan di semenanjung Arab, Parsi, Rome dan Kostantin yang akan memakan masa beberapa bulan. Ini adalah kronologi tanda besar kiamat menurut pendapat Yusuf bin Abdullah Al-Wabil (1989) dalam bukunya yang berjudul “Asyratus Sa’ah”(Tanda-Tanda Kiamat).
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“...Maka ketika mereka (Al-Mahdi dan pengikutnya) telah sampai di Syam (atau Syria-untuk berperang dengan kaum Rome dalam Malhamah Al-Kubra), keluarlah Dajjal...”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim dan Al-Hakim)

Cara mengelak fitnah Dajjal Laknatullah.

Walaupun fitnah Dajjal begitu besar dan berat bagi kita, namun ianya hanya kecil di sisi Alllah SWT dimana Dajjal tiada kuasa terhadap kaum Muslimin. Oleh kerana itu, ketika Al-Mughirah Ibnu Syu’bah berkata:
“ Tidak seorang pun bertanya lebih banyak selain aku.” Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Apakah yang membuatkan kamu gelisah tentangnya? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu.” Al-Mughirah berkata:“Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahawasanya Dajjal mempunyai (membawa) makanan dan minuman.” Baginda SAW bersabda: “Hal ini hanyalah kecil bagi Allah SWT.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dalam Kitabul Fitan)

Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kepada kita bagaimana cara untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Antaranya adalah:

1.Menghafal surah Al-Kahfi atau sepuluh ayat yang di awalnya atau sepuluh ayat di akhirnya. Bahkan orang yang menghafal tiga ayat sahaja di awal surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalam sebuah hadis daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

10 ayat pertama surah Al-Kahfi:


10 ayat terakhir surah Al-Kahfi:


“ Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, maka ia akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Maka barangsiapa yang ditakdirkan oleh Allah untuk melihat Dajjal hendaklah dia meludahi mukanya, “Seakan-akan ia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat” dan hendaklah dia membaca ayat-ayat awal atau akhir dari Surah Al-Kahfi, semoga Allah menyelamatkannya dari Dajjal.

2.Selalu menjaga doa yang di suruh Rasulullah SAW supaya membacanya pada akhir setiap kali solat (setelah membaca tahiyyat akhir) iaitu:



Maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al-Masihuddajjal.”

Barangsiapa yang berlindung kepada Allah, maka Allah akan melindunginya dan barangsiapa yang menjaga doa ini tantu Allah SWT juga akan menjaganya.

3.Barangsiapa yang mendengar kemunculan Dajjal hendaklah ia berlindung di Kota Madinah atau Makkah kerana kedua-dua negeri itu tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

  4.Barangsiapa yang tidak mampu melakukan tiga perkara diatas, hendaklah dia lari dari berhadapan dengan Dajjal kerana ia tidak akan membahayakannya dengan tetap berzikir dan berdoa.



Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang ana kongsikan ini serta dapat menyampaikannya kepada umat Islam yang lain. Wallahua’lam..

Sumber: “Perang Armageddon dan Kedatangan Imam Mahdi a.s.”, Satu kajian perbandingan antara Al-Quran,Al- Hadis, Taurat dan Injil.
Karya Amin Muhammad Jamaluddin
Buku terbitan Pustaka Syuhada.



Note : Jom kita print doa ni dan surah ni letak di sisi waktu sembahyang kalo x hafal.. mula2 mmg x hafal tp bila dh selalu baca insyallah kita akan ingat biar pon org mgelakkan aku sbb tgk kertas masa tahyat akhir.. :)

Dan aku selalu terpikir kenapa Alllah adakan dajjal di dunia ini?? Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya..Sesapa yg tau sila bagitau saya ye..

Sharing is caring..

Please spread and share...

Semoga dakwah kecil sebigini mendapat balasan pahala dari Allah s.w.t.

Insan kerdil di sisi Allah,
Fiza

2 comments:

  1. terima kasih untuk perkongsian ni :) semoga kita semua muslimin dan muslimat selamat dari fitnah si dajal durjana! amin :)

    ReplyDelete
  2. dajjal diturunkan untuk menguji siapa yg benar2 beriman kepada allah dan rasul.
    sekarang pandangan kita kabur tentang keimanan seseorang terhadap allah.mungkin ada yg berpura2 beriman di hadapan manusia tetapi di sebaliknya tetap melakukan kejhatan yg mnjijikkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...