Monday 23 June 2014

Tergamak hati ibu!

 As salam, 
Tersentuh hati naluri keibuanku tatkala membaca berita  yg amat menyedihkan ini..
Tak tahu nk ckp ape dah..Terus nk tulis puisi ni buat ibu adik malang ni..

Sila click dulu lagu ni then baru baca puisi bwh ni okeh! baru feeling lebih! hehe
Lagu ni di ambil dari youtube.
Sepatutnya lagu ni adik muhamad firdaus ni yang bagi kat ibu dia, tapi ni dah terbalik pulak..

Puisi ni khas buat ibu adik Muhamad Firdaus:-
Tajuk : Tergamak hati ibu!

Tergamak mu wahai ibu! 
Apalah salah anakmu, bukanku yg minta dilahirkan OKU!
Inikah syurga yang patut kau hulurkan buatku di dunia ini??


Wahai ibu!
Tahukah dikau aku adalah amanat dari Tuhan mu?
Yang mana kelak ku bisa membawamu ke syurga?

Wahai Ibu!
Tergamak hati murni mu ibu!
Inikah caranya ibuku mengajarku berdikari atas diri sendiri?

Ibu!
Dengarkanlah, ku sayang pada ibu namun itu tak lagi dapatku rasakan
Aku anak yang dibuang ibu,
Tanpa makanan, tanpa pakaian,
Aku hidup kesejukan tanpa belaian ke dua orang tua ku,
Mereka berpisah kerana keadaan,
Membuat hidupku penuh penderitaan.


Ibu Ibu!
Jangan tipu dirimu!
Jangan kau tambahkan lagi dosamu ibu!
Dunia boleh ibu tipu, ibu kata ibu tak mampu menjagaku,
Tapi mengapa yang sihat itu mampu ibu jaga?
Aku?? ibu lemparkan ke lembah hina, ke neraka dunia..
Hanya kerana aku OKU?
Sampai hati ibu!

Ibu, 
Walaupon aku OKU,
Aku punya hati mulia, putih dan jernih,
Aku juga punya kelebihan yang tidak semua manusia milikinya,
Ibu, aku telah dipilih oleh Tuhan mu,
Ibu, aku anugerah Illahi untukmu,
Tergamak hati mu ibu!

Ibu,
Aku tidak layak menghukum mu atas perbuatan itu,
Siapalah aku utk menghukum mu ibu,
Malah aku lah yang patut mendoakan mu ibu,
Aku yang patut menghargai dan menyanjung jasa2 ibu,
Terbayang wajah suci ibu,
Dan keperitan yang ibu tempuhi utk menjagaku,
Tak apelah ibu,
Walaupun tidak ada sedikit rasa bersalah ibu terhadapku,
Doaku untuk ibu,
Moga Tuhan mengampunkan dosa2 ibu,
Kasihanilah ibu Tuhanku, kerna dia yang telah melahirkanku,
Dan moga ibu bahagia di dunia dan di akhirat sana..
Amin.

Hasil nukilan,
Fiza

P/S: Maaf,  tak berapa pandai nk berpuisi, tapi hati aku sangat tersentuh dgn cerita adik ni..
Menitik air mata aku yang senang tumpah ni ha..Tetiba aku nk berpuisi.. Layankan jela ye u olls emotional sket petang2 ni.. 









1 comment:

  1. Sedih la aku baca,puisi ko ni.. Padahal aku,baca,ni tau tak,kat mana?? Dalam toilet nok tengah berak.wawawawa....

    Best nok puisi ko. Smoga para ibu semua ambik pengajaran..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...