Thursday 19 January 2012

Wonderful Caramel Cake



Salam Jumaat yang barakah all,

Semoga tuhan membuka pintu rezeki kita seluas2nya.. Amin

Hujan sangat lebat pada pagi Jumaat ini ye, alhamdulilah hujan rahmat untuk kite hambaNya di bumi ini.
Tapi sangat liat nk bangun pergi kerja Ok! hihihi dan saya berpuasa arini jadi pagi tadi bangun sahur dan tidur balik lepas Subuh. Maka menjadik2 sungguh la berat mata ni..

Ok, its enough!! Back to the topic!!

Entry kali ini, fiza nak kongsikan 1 resepi kek yang dah lama sangat terpendam di hati nak membuatnye.

Bila tengok Kak Azlita Masam Manis kita buat, waduh2 sangat la teruja.. Lagi pulak menengok kejadian nye yang sangat menakjubkan paling penting sangat chantek ye kawan2.. Tapi malangnye, oven di rumah tuh takde pilihan api bawah sahaja memandangkan kaedah membakar nye harus lah menguna kan kaedah steam bath atau bain marie.

Kebetulan, fiza di rumah Mak Ngah Gee, berganding bahu bersama2 dengan cousin's husband, Nini nak membuat Light Cheese Cake arituh, terus ajak dia buat skali kebetulan semua barang2 dah ada kecuali cream of tar2.. Nini, "So Kak Fiza nak buat ke tak??" Fiza, "Buat je! hahaha ape jua kejadian kita tawakal aje la..Dah malam dah ni kedai dah tutup pon kalau nak cari." SO soo0000OOO semangat kan..hahaha

Bagi pengemar caramel pasti akan menyukai kek ini, tapi fiza erkkk..kurang sket la dengan caramel nih sebab bau telor dia sangat kuat. Tapi tetap nak mencuba jugak.. Tak cuba kita tak tau kan..hihii

Caramel Cake 
by : Munirah Baharum
Refer to :  Azlita Masam Manis

Untuk buat kek nih banyak step nye ye :-

1. Gula caramel         
  • 2 sudu besar gula pasir ( saya guna lebih, ikut size loyang masing2 dan megikut tahap kadar kemanisan anda) 
  • Taburkan gula ke dalam loyang yang kita ingin gunakan untuk membakar kek ini dan masak atas api yang perlahan.  
  • Ratakan gula yang telah bertukar menjadi keperang2an tuh ke seluruh kawasan loyang. Yang ini susah sikit ye kene sabar dan ratakan perlahan semasa mengacau nya dia atas api. Kerana gula akan cepat mengeras sebaik sahaja api dapur ditutup. Ketepikan dan biarkan gula menjadi sejuk.
2. Caramel 
  • 1/2 tin susu cair
  • 70g gula castor 
  • 3 biji kuning telur sahaj
  • 1/2 sude vanilla essence
  • Susu dan gula dikacau hingga larut, di dalam bekas yang berlainan, kacau kuning telur dan vanilla essence perlahan kemudian satukan dengan perlahan susu dan gula yang telah larut tadi. Dan tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
3. Adunan Kek
  • 70g gula castor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak ( yang ini saya main agak2 je since liquid measurement nye dah hilang entah ke mana)
  • 140g tepung gandum (di ayak)
  • 1 sudu teh baking powder
  • Menggunakan mixer, pukul telur kuning, air serta minyak hingga bertukar ke warna putih. Masukkan gula castor dan pukul lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Matikan mixer, dan masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit perlahan2 secara kaup balik hingga adunan menjadi sebati. Ketepikan.
4. Meringue

  • 6 biji putih telur
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh cream of tar2 (saya takda, so xletak)
  • Dalam bekas yang kering, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula dan cream of tar2.Teruskan memukul dengan kelajuan yang paling tinggi hingga adunan menjadi kaku dan kental.
  • Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan tepung kek tadi dan kacau secara kaup balik. Akhir sekali, masukkan meringue yang selebihnya dan gaul rata dengan kaedah kaup balik hingga well mixed.
    (Note : Kacau dengan perlahan sahaja, tapi saya tak kacau perlahan pun coz tak perasan note ini ^ ^)
5. Kaedah membelang
  • Bahagikan adunan yang telah siap di gaulkan tadi kepada beberapa bahagian mengikut warna citarasa anda. Oleh kerana fiza hanya bwk 2 warna jadi fiza bahagikan kepada 2 bahagian. 1 berwarna pink dan lagi 1 berwarna turquoise. Seperti gambar di bawah, masukkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang yang mengandungi bahan2 karamel tadi. Mula-mula masukkan 3 sudu adunan berwarna pink di tengah2 loyang dan di ikuti dengan adunan berwarna terquiose 3 sudu jugak. dan seterusnya lah sehingga adunan habis.


Setelah selesai semuanya, bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau sehingga kek masak. 
(Note : Jangan buka pintu oven di 30 minit yang pertama, biarkan seketika di dalam oven setelah masak hingga kek merenggang sedikit, terbalikkan di dalam bekas dan biarkan kek turun sendiri, potong setelah kek benar2 sejuk)

Selamat mencuba!! 

Owh ya next monday kita akan merayakan CNY, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan  Xin Nian Kuai Le!!! kepada rakan2 yang merayakannya..

pic ehsan google


Love,
Fiza

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...